Kisah yang ingin saya bawa ini berkisah kepada rantai leher emak saya yang digunakan untuk membiayai pendidikan anak-anaknya.
Pada awal 1993 ayah saya menghadiahkan emak saya seutas rantai (916/22k) seberat 38.18g bernilai RM1280.00 jika di bahagikan emas 916 pada masa itu jatuh RM33.53/g (termasuk upah). Pada masa tersebut RM1280 boleh dikatakan mahal.
Rantai emak saya ini mula masuk kedai pajak gadai sejak adik perempuan saya masuk U pada tahun 1997. setiap tahun rantai ini akan keluar masuk pajak gadai dan kali terakhir ia masuk adalah pada tahun 2008 untuk membiayai pelajaran adik lelaki saya di U dan dapat ditebus kembali pada Disember 2010.
Apa yang ingin saya sentuhkan di sini bukanlah kisah emak saya keluar masuk pajak gadai, tapi betapa barang kemas yang di hadiahkan oleh ayah saya telah menjadi satu medium alternatif di dalam mendapatkan wang segera. Siapa sangka setelah 4 tahun emak memakainya ia digunakan untuk membiayai pengajian adik saya
Semasa cerita ini ditulis harga emas 916 ialah RM151.00 (sumber fgjam.org.my) in bermakna dari 1993 hingga kini Harga rantai leher emak saya telah meningkat sebanyak 450%. Kadar kenaikan ini membantu emak saya mendapat sumber wang yang lebih. Sebagai contoh jika dimasukkan kedalam Arrahnu
38.18g x RM151 (anggar sahaja) x 65% (dari nilai rantai emas.)
Dari kiraan, Rantai emak bernilai RM5768.18 dan akan mendapat RM3747 sekiranya dia ingin menggadaikan lagi rantai lehernya.
Saya ambil nilai RM1280 dan laburkan ke dalam ASB dengan keuntungan 8% setahun (katakan dividen tidak dikeluarkan) pada tahun 2010 emak saya akan memperolehi penyata ASBnya RM 5114.90. TETAPI harus ingat pada tahun 1997 emak saya perlukan wang dan jumlah penyata masa itu hanyalah RM1880.74. Jika ia keluar sebahagian tiadalah lagi nilai RM5114.90 tersebut. Dengan memajak, rantai leher masih milik emak saya dan nilainya semakin naik, emak saya hanya membayar upah simpan dan jumlah yang dipinjam sahaja.
Apa yang saya pelajari di sini. nilai emas sentiasa berkembang. dan merupakan tabungan yang hidup selagi anda tidak menjualnya. Belilah sekarang... siapa tahu anda mungkin akan memerlukannya suatu hari nanti
MASA ITU EMAS, EMAS tetap EMAS... nilainya tetap naik setiap tahun.
<========= sumber : dinar24k.blogspot.com/ =========>
Lihatlah betapa bernilainya EMAS kepada diri sendiri dan keluarga
kita...jauhkan diri dari sifat yg suka menunjuk2 dengan EMAS ini tapi fikirkan
betapa BERNILAInya EMAS ini dari masa ke semasa sebagai satu sumber
kewangan. Bandingkan dengan simpanan ASB dan EMAS ini dan nilaikan lah
keuntungannya. DUit vs EMAS . Yang mana pilihan anda. Sama tapi X serupa...
hanya yg telah menyimpan EMAS ini merasai perbezaannya. Dan masih belum
terlewat untuk anda untuk menyimpan EMAS.
HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN
EMAS ANDA...
019 344 5755
No comments:
Post a Comment