Bagaimana caranya duit tak cukup tapi nak simpan, melabur emas...
Pihak ar-rahnu akan memberikan duit sebanyak 65%-70% daripada market value emas. Dengan duit itulah anda bayar kepada kami. Emas tersebut akan jadi milik anda. Nak tunggu duit simpanan sendiri baru nak beli 100g, 200g emas memang memakan masa.
Konsepnya hampir sama macam loan ASB. Kita memiliki saham ASB dengan menggunakan duit bank. Bank akan untung diatas faedah yang dikenakan kepada kita dan kita akan untung keatas dividen yang diperlolehi. Cuma arrahnu, kita hanya membayar upah simpan selagi kita tidak tebus barang tersebut.
Selama ini bank menggunakan duit kita untuk menambah lagi aset mereka, kenapa kita tidak melakukan sebaliknya dengan menggunakan duit bank untuk menambahkan aset kita.
Contoh pembelian melalui ARRAHNU ( Bank rakyat, Agrobank etc. ) ;
100g EMAS 999 ; Harga rm15,500 [ Modal Anda rm5,100 & Duit arrahnu rm10,400 ]
200g EMAS 999 ; Harga rm31,000 [ Modal Anda rm10,200 & Duit arrahnu rm20,800 ]
500g EMAS 999 ; Harga rm77,500 [ Modal Anda rm25,500 & Duit arrahnu rm52,000 ]
* anggaran pinjaman arrahnu adalah 65%
KEUNTUNGAN kepada semua ;
1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.
2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak,
dengan modal minima.
3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari
market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan berkembang maju.
Jadi, apakah kelebihannya dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak? Jika berlaku kenaikan harga EMAS semasa pada masa hadapan sudah tentulah mereka yang memiliki simpanan EMAS yang lebih banyak akan lebih untung.
Mari kita kirakan untuk dua senarion ini.
Cara 1, jika membeli secara tunai, dengan bermodalkan rm10,000 anda akan dapat lebih kurang 60g EMAS.
Cara 2, dengan menggunakan teknik arrahnu, anda mampu memiliki sehingga 180g EMAS. Jika kenaikan harga emas sebanyak RM50 selama setahun, berapakah untung bagi kedua2 cara ?
Cara 1 ; 60g X rm50/g = rm3,000
Cara 2 ; 180g X rm50/g = rm9,000,
anggaran upah simpan rm200 x 12 = rm2,400 , jadi keuntungan bersih adalah Rm9,000 - rm2,400 = rm6,600
Declaration: Walau bagaimanapun melaburlah di atas risiko sendiri. Fikirkan dan buat kira2 akan kemampuan anda sebelum melabur. Jangan terikut2 dengan rakan2 sekeliling melabur, anda pun ingin melabur. Itu adalah tindakan yang salah. Jika berhasrat untuk pelaburan jangkan panjang, pastikan anda memiliki baki wang untuk membayar UPAH SIMPAN, membuat spot-gold(top-up hutang) adalah tidak digalakkan kerana secara automatik UPAH SIMPAN juga akan bertambah "
beli emas secara hutang/ansuran itu haram.emas mestilah dibeli secara tunai.jadi,belilah emas setakat mana yg kita mampu, walaupun sedikit..
ReplyDeletesebaik2nya beli emas ikut kemampuan...jgn ada yg tersepit sudah;)
ReplyDelete