SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Monday, January 31, 2011

KENAPA MESTI SIMPAN EMAS?


Membuat pelaburan semaksima mungkin dan
jana simpanan anda ke arah yang lebih selamat dan bernilai tanpa susut nilai dan di telan zaman.


  • 80’an harga emas RM30/gram,
    Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu

  • 90’an harga emas RM80/gram,Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu juga
  • 2010 harga emas CECAH RM160/gram, Memang emas itu mahal! Tapi kita masih kata, kita tak mampu!

Jadi BILAkah masanya kita MAMPU BELI....?,

Tanya diri anda sendiri dan buat kira-kira anda sendiri. Sekiranya anda beli pada tahun 90’an dengan harga RM80/gram
dan pada 2010 anda jual dengan harga 160/gram?!
Itu kalau anda pegang 1 gram (sebesar pasir).


Cuba mulakan dengan 20gram dengan nilai lebih kurang RM3k,
bayangkan nilai 20gram itu cukup 1 tahun yg akan datang sahaja.
Bayangkan pula 10 tahun nilai emas yang disimpan.


Setiap hari kita masih belum terlambat untuk bertindak
kerana emas senantiasa bernilai dimata dunia.

SANDARKAN SEN KEPADA EMAS

Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emasdahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?

1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)
Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. Rujuk posting disini.

2- Modal Perniagaan
Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!

3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)
Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!





Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan a
nda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...